An-Nisaa
Surah An-Nisaa' - سورة النساء
Tempoh: MadinanWahyu: 92
[4:176] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa' 4:176) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmarkbahagian: 24 Thafheem Vol: 1
Tempoh Wahyu
Surah ini terdiri daripada beberapa wacana yang diturunkan pada masa-masa berlainan dalam tempoh yang berkisar antara akhir AH 3 dan akhir AH 4 atau awal AH 5.Walaupun sukar untuk menentukan tarikh sebenar wahyu mereka, namun ia adalah mungkin untuk memberikan mereka tempoh yang agak betul dengan bantuan Perintah-Perintah dan peristiwa-peristiwa yang disebutkan di dalamnya dan Tradisi berkenaan mereka.
Beberapa contoh diberikan di bawah ini melalui ilustrasi:
1. Kita tahu bahawa arahan mengenai pembahagian harta pusaka para syuhada dan untuk perlindungan hak anak yatim telah diturunkan selepas Pertempuran Uhd di mana 70 orang Muslim terbunuh . Maka secara semulajadi persoalan pembahagian harta pusaka para syuhada dan perlindungan hak anak yatim mereka timbul di banyak keluarga di Al-Madinah. Daripada ini kita menyimpulkan bahawa vv. 1 -28 telah dinyatakan pada majlis itu.
Surah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:1 - 4:28] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa' 4:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisaa' 4:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
(An-Nisaa' 4:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
(An-Nisaa' 4:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).
(An-Nisaa' 4:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
(An-Nisaa' 4:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
(An-Nisaa' 4:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
(An-Nisaa' 4:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(An-Nisaa' 4:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
(An-Nisaa' 4:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
(An-Nisaa' 4:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
(An-Nisaa' 4:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.
(An-Nisaa' 4:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(An-Nisaa' 4:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisaa' 4:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
(An-Nisaa' 4:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
(An-Nisaa' 4:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).
(An-Nisaa' 4:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.
(An-Nisaa' 4:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
(An-Nisaa' 4:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSurah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:102] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
(An-Nisaa' 4:102) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark4. Dari sini dapat disimpulkan bahawa wacana yang mengandungi ayat 47 mesti telah diturunkan beberapa waktu sebelum tarikh itu.
Surah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:47] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
(An-Nisaa' 4:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSurah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:43] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisaa' 4:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkTopik dan Latar Belakang mereka
Marilah kita pertimbangkan pertimbangan sosial dan sejarah mengenai tempoh itu untuk memahami Surah. Semua wacana dalam Surah ini berurusan dengan tiga masalah utama yang dihadapi Nabi saw pada masa itu.
Pertama-tama, beliau terlibat dalam membina pembangunan seluruh Komuniti Islam yang telah dibentuk pada masa perpindahannya ke Al-Madinah.
Untuk tujuan ini, beliau memperkenalkan cara-cara moral, budaya, sosial, ekonomi dan politik yang baru di tempat yang lama dalam tempoh pra-Islam.
Perkara kedua yang menduduki perhatian dan usahanya adalah perjuangan pahit yang berlaku dengan orang Arab mushrik, puak Yahudi dan orang munafik yang menentang "gigi" dan mencetuskan misi pembaharuannya. Di atas semua dia harus menyebarkan Islam dalam menghadapi penentangan pahit dari kuasa kejahatan ini dengan tujuan untuk menangkap lebih banyak minda dan hati.
Oleh itu, arahan terperinci telah diberikan untuk penyatuan dan pengukuhan Komuniti Islam dalam kesinambungan yang diberikan dalam Al-Baqarah.
Prinsip-prinsip untuk menjalankan kehidupan keluarga yang lancar telah ditetapkan dan cara menyelesaikan perselisihan keluarga telah diajar. Peraturan telah ditetapkan untuk perkahwinan dan hak isteri dan suami telah dibagikan dengan adil dan saksama. Status wanita dalam masyarakat telah ditentukan dan pengisytiharan hak-hak anak-anak yatim telah dibuat undang-undang dan peraturan telah ditetapkan untuk pembagian warisan, dan arahan telah diberikan untuk pembaharuan urusan ekonomi.
Dasar kod hukum telah ditetapkan, minum telah dilarang, dan petunjuk telah diberikan untuk kebersihan dan kemurnian. Umat Islam telah diajar jenis hubungan yang baik dengan manusia yang baik dengan Allah dan sesama manusia mereka.
Arahan telah diberikan untuk penyelenggaraan disiplin dalam Masyarakat Islam. Keadaan moral dan agama masyarakat Buku telah dikaji semula untuk mengajar pelajaran kepada umat Islam dan mengingatkan mereka agar tidak mengikuti jejak mereka. Tingkah laku orang munafik telah dikritik dan ciri khas kemunafikan dan kepercayaan sejati telah ditandai dengan jelas untuk membolehkan umat Islam membezakan antara keduanya. Untuk mengatasi akibat dari Pertempuran Uhd, wacana yang mengilhami telah diturunkan untuk mendesak umat Islam menghadapi musuh dengan berani, kerana kekalahan dalam Pertempuran telah menguatkan puak-puak Arab mushrik dan orang Yahudi berdekatan dan orang munafik di rumah bahawa mereka mengancam umat Islam di semua pihak.
Pada masa yang kritikal ini, Allah memenuhi umat Islam dengan penuh keberanian dan memberikan arahan seperti yang diperlukan semasa tempoh perang awan. Untuk menentang khabar angin yang menyebarkan khabar angin yang menyebarkan oleh orang-orang munafik dan orang-orang Islam yang lemah iman, mereka diminta membuat penyelidikan menyeluruh dan memberitahu orang-orang yang bertanggungjawab mengenainya. Kemudian mereka mengalami beberapa kesulitan dalam menawarkan salat mereka semasa ekspedisi ke beberapa tempat di mana tidak ada air yang tersedia untuk melaksanakan solat mereka, dan lain-lain. Dalam kes seperti itu mereka dibenarkan membersihkan diri dengan bumi tulen dan memendekkan salat atau menawarkan " Salat Ketakutan ", ketika mereka menghadapi bahaya. Arahan juga diberikan untuk penyelesaian masalah yang membingungkan umat Islam yang tersebar di kalangan kaum Arab yang tidak percaya dan sering terlibat dalam peperangan. Mereka diminta berpindah ke Al-Madinah, tempat tinggal Islam. Surah ini juga berkaitan dengan kes Bani Nadir yang menunjukkan sikap bermusuhan dan mengancam, walaupun perjanjian damai yang mereka buat dengan umat Islam. Mereka secara terbuka berpihak kepada musuh Islam dan menetas plot terhadap Nabi dan Masyarakat Islam walaupun di AI-Madinah sendiri.
Mereka ditugaskan untuk melakukan tingkah laku yang tidak sopan dan memberi amaran terakhir untuk mengubah sikap mereka, dan akhirnya diasingkan dari Al-Madinah kerana kesalahan mereka. Masalah orang munafik, yang menjadi sangat menyusahkan pada masa itu, melibatkan orang-orang yang beriman dalam kesulitan - Oleh itu, mereka dibahagikan kepada kategori yang berbeza untuk membolehkan orang Islam menanganinya dengan sewajarnya. Petunjuk yang jelas juga diberikan mengenai sikap yang mereka harus mengamalkan ke arah golongan yang tidak berperang. Perkara yang paling penting yang diperlukan pada masa itu adalah untuk mempersiapkan umat Islam untuk perjuangan pahit dengan penentang Islam. Untuk tujuan ini, kepentingan yang paling penting dilampirkan kepada bangunan watak mereka, kerana jelas bahawa Komuniti Muslim kecil hanya boleh berjaya, bahkan tidak bertahan, jika umat Islam memiliki watak moral tinggi.
Oleh itu, mereka diminta untuk menerima pakai kualiti moral tertinggi dan dikritik dengan teruk apabila ada kelemahan moral yang dikesan di dalamnya. Walaupun Surah ini terutama berkaitan dengan pembaharuan moral dan sosial, namun perhatian telah diberikan kepada penyebaran Islam. Di satu pihak, keunggulan moral Islam dan kebudayaan telah dibentuk di atas orang-orang Yahudi, Kristian dan mushrik; Sebaliknya, konsep agama mereka yang salah, akhlak yang salah dan perbuatan jahat mereka telah dikritik untuk menyediakan alasan untuk menjemput mereka ke jalan Kebenaran. Sumbangan:
Pertama-tama, beliau terlibat dalam membina pembangunan seluruh Komuniti Islam yang telah dibentuk pada masa perpindahannya ke Al-Madinah.
Untuk tujuan ini, beliau memperkenalkan cara-cara moral, budaya, sosial, ekonomi dan politik yang baru di tempat yang lama dalam tempoh pra-Islam.
Perkara kedua yang menduduki perhatian dan usahanya adalah perjuangan pahit yang berlaku dengan orang Arab mushrik, puak Yahudi dan orang munafik yang menentang "gigi" dan mencetuskan misi pembaharuannya. Di atas semua dia harus menyebarkan Islam dalam menghadapi penentangan pahit dari kuasa kejahatan ini dengan tujuan untuk menangkap lebih banyak minda dan hati.
Oleh itu, arahan terperinci telah diberikan untuk penyatuan dan pengukuhan Komuniti Islam dalam kesinambungan yang diberikan dalam Al-Baqarah.
Surah Al-Baqarah - سورة البقرة
[2:286] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDasar kod hukum telah ditetapkan, minum telah dilarang, dan petunjuk telah diberikan untuk kebersihan dan kemurnian. Umat Islam telah diajar jenis hubungan yang baik dengan manusia yang baik dengan Allah dan sesama manusia mereka.
Arahan telah diberikan untuk penyelenggaraan disiplin dalam Masyarakat Islam. Keadaan moral dan agama masyarakat Buku telah dikaji semula untuk mengajar pelajaran kepada umat Islam dan mengingatkan mereka agar tidak mengikuti jejak mereka. Tingkah laku orang munafik telah dikritik dan ciri khas kemunafikan dan kepercayaan sejati telah ditandai dengan jelas untuk membolehkan umat Islam membezakan antara keduanya. Untuk mengatasi akibat dari Pertempuran Uhd, wacana yang mengilhami telah diturunkan untuk mendesak umat Islam menghadapi musuh dengan berani, kerana kekalahan dalam Pertempuran telah menguatkan puak-puak Arab mushrik dan orang Yahudi berdekatan dan orang munafik di rumah bahawa mereka mengancam umat Islam di semua pihak.
Pada masa yang kritikal ini, Allah memenuhi umat Islam dengan penuh keberanian dan memberikan arahan seperti yang diperlukan semasa tempoh perang awan. Untuk menentang khabar angin yang menyebarkan khabar angin yang menyebarkan oleh orang-orang munafik dan orang-orang Islam yang lemah iman, mereka diminta membuat penyelidikan menyeluruh dan memberitahu orang-orang yang bertanggungjawab mengenainya. Kemudian mereka mengalami beberapa kesulitan dalam menawarkan salat mereka semasa ekspedisi ke beberapa tempat di mana tidak ada air yang tersedia untuk melaksanakan solat mereka, dan lain-lain. Dalam kes seperti itu mereka dibenarkan membersihkan diri dengan bumi tulen dan memendekkan salat atau menawarkan " Salat Ketakutan ", ketika mereka menghadapi bahaya. Arahan juga diberikan untuk penyelesaian masalah yang membingungkan umat Islam yang tersebar di kalangan kaum Arab yang tidak percaya dan sering terlibat dalam peperangan. Mereka diminta berpindah ke Al-Madinah, tempat tinggal Islam. Surah ini juga berkaitan dengan kes Bani Nadir yang menunjukkan sikap bermusuhan dan mengancam, walaupun perjanjian damai yang mereka buat dengan umat Islam. Mereka secara terbuka berpihak kepada musuh Islam dan menetas plot terhadap Nabi dan Masyarakat Islam walaupun di AI-Madinah sendiri.
Mereka ditugaskan untuk melakukan tingkah laku yang tidak sopan dan memberi amaran terakhir untuk mengubah sikap mereka, dan akhirnya diasingkan dari Al-Madinah kerana kesalahan mereka. Masalah orang munafik, yang menjadi sangat menyusahkan pada masa itu, melibatkan orang-orang yang beriman dalam kesulitan - Oleh itu, mereka dibahagikan kepada kategori yang berbeza untuk membolehkan orang Islam menanganinya dengan sewajarnya. Petunjuk yang jelas juga diberikan mengenai sikap yang mereka harus mengamalkan ke arah golongan yang tidak berperang. Perkara yang paling penting yang diperlukan pada masa itu adalah untuk mempersiapkan umat Islam untuk perjuangan pahit dengan penentang Islam. Untuk tujuan ini, kepentingan yang paling penting dilampirkan kepada bangunan watak mereka, kerana jelas bahawa Komuniti Muslim kecil hanya boleh berjaya, bahkan tidak bertahan, jika umat Islam memiliki watak moral tinggi.
Oleh itu, mereka diminta untuk menerima pakai kualiti moral tertinggi dan dikritik dengan teruk apabila ada kelemahan moral yang dikesan di dalamnya. Walaupun Surah ini terutama berkaitan dengan pembaharuan moral dan sosial, namun perhatian telah diberikan kepada penyebaran Islam. Di satu pihak, keunggulan moral Islam dan kebudayaan telah dibentuk di atas orang-orang Yahudi, Kristian dan mushrik; Sebaliknya, konsep agama mereka yang salah, akhlak yang salah dan perbuatan jahat mereka telah dikritik untuk menyediakan alasan untuk menjemput mereka ke jalan Kebenaran. Sumbangan:
Penggabungan Masyarakat Islam
Objek utama Surah ini adalah untuk mengajar umat Islam cara-cara yang menyatukan rakyat dan menjadikannya teguh dan kuat. Perkenalan untuk kestabilan keluarga, yang merupakan nukleus masyarakat telah diberikan. Kemudian mereka diminta untuk mempersiapkan diri untuk pertahanan.
Sebaliknya, mereka telah diajar tentang pentingnya penyebaran Islam. Di atas semua, kepentingan watak moral tertinggi dalam skim penyatuan Masyarakat telah kagum.

Topik dan Sambungan mereka
Justru, undang-undang dan peraturan adil dan saksama untuk kelancaran kehidupan keluarga telah ditetapkan untuk suami dan isteri. Arahan terperinci telah diberikan untuk pembahagian warisan dan perhatian yang sewajarnya telah diberikan kepada hak-hak anak-anak yatim (1 - 35).
Untuk memupuk semangat yang tepat untuk mematuhi peraturan dan peraturan, umat Islam telah diarahkan untuk menunjukkan kedermawanan kepada mereka di sekelilingnya dan bebas daripada kebodohan, keegoisan, ketakutan pikiran, kerana ini penting untuk penyatuan Komuniti dan membantu pembiakan Islam (36 - 42).
Surah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:1 - 4:35] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa' 4:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisaa' 4:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
(An-Nisaa' 4:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
(An-Nisaa' 4:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).
(An-Nisaa' 4:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
(An-Nisaa' 4:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
(An-Nisaa' 4:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
(An-Nisaa' 4:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(An-Nisaa' 4:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
(An-Nisaa' 4:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
(An-Nisaa' 4:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
(An-Nisaa' 4:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.
(An-Nisaa' 4:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(An-Nisaa' 4:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisaa' 4:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
(An-Nisaa' 4:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
(An-Nisaa' 4:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).
(An-Nisaa' 4:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.
(An-Nisaa' 4:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
(An-Nisaa' 4:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(An-Nisaa' 4:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).
(An-Nisaa' 4:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).
(An-Nisaa' 4:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa' 4:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa' 4:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(An-Nisaa' 4:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.
(An-Nisaa' 4:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSurah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:36 - 4:42] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;
(An-Nisaa' 4:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.
(An-Nisaa' 4:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
(An-Nisaa' 4:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?
(An-Nisaa' 4:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi), dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah.
(An-Nisaa' 4:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Cara pemurnian minda dan badan untuk persembahan Salat telah diajar kerana ia memainkan peranan yang paling penting dalam setiap skema pembaharuan moral dan sosial (43).
Bersambung ...
Surah An-Nisaa' - سورة النساء
[4:43] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisaa' 4:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkBersambung ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan