Selasa, 20 Februari 2018

Al-Qamar

0 Comments

Al-Qamar

Surah Al-Qamar - سورة القمر

Tempoh: Makkan
Wahyu Pesanan: 37
Ayah: 55


bahagian: 3
Thafheem Vol: 5

Nama

Surah mengambil namanya dari ayat pertama 'Wan shaqq al-Qamar', dengan itu menyiratkan bahawa ia adalah Surah di mana perkataan al-Qamar telah terjadi.




Tempoh Wahyu

Kejadian shaqq-al-Qamar (pemisahan bulan) yang telah disebutkan di dalamnya, menentukan tempoh wahyu dengan tepat. Para ahli tradisi dan pengulas bersetuju bahawa insiden ini berlaku di Mina di Makkah kira-kira lima tahun sebelum Nabi Muhammad hijrah ke Madinah.

Tema dan Subject Matter

Dalam surah ini, orang-orang kafir di Makkah telah diperingatkan kerana ketegasan mereka yang mereka terima terhadap jemputan Nabi saw.

Surah Al-Qamar - سورة القمر

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
(Al-Qamar 54:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A002
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
(Al-Qamar 54:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A003
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
(Al-Qamar 54:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A004
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
(Al-Qamar 54:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A005
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
(Al-Qamar 54:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A006
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
(Al-Qamar 54:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A007
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
(Al-Qamar 54:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A008
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
(Al-Qamar 54:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A009
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
(Al-Qamar 54:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A010
Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
(Al-Qamar 54:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A011
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
(Al-Qamar 54:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A012
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
(Al-Qamar 54:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A013
Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
(Al-Qamar 54:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A014
Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
(Al-Qamar 54:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A015
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
(Al-Qamar 54:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A016
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
(Al-Qamar 54:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A017
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A018
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A019
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
(Al-Qamar 54:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A020
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
(Al-Qamar 54:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A021
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A022
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A023
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
(Al-Qamar 54:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A024
Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
(Al-Qamar 54:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A025
Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
(Al-Qamar 54:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A026
Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
(Al-Qamar 54:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A027
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
(Al-Qamar 54:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A028
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
(Al-Qamar 54:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A029
(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
(Al-Qamar 54:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A030
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A031
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
(Al-Qamar 54:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A032
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A033
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
(Al-Qamar 54:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A034
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
(Al-Qamar 54:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A035
Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
(Al-Qamar 54:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A036
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
(Al-Qamar 54:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A037
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A038
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
(Al-Qamar 54:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A039
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A040
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A041
Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
(Al-Qamar 54:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A042
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
(Al-Qamar 54:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A043
Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
(Al-Qamar 54:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A044
(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
(Al-Qamar 54:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A045
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
(Al-Qamar 54:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A046
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
(Al-Qamar 54:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A047
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
(Al-Qamar 54:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A048
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
(Al-Qamar 54:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A049
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
(Al-Qamar 54:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A050
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
(Al-Qamar 54:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A051
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
(Al-Qamar 54:51) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A052
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
(Al-Qamar 54:52) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A053
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
(Al-Qamar 54:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A054
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
(Al-Qamar 54:54) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A055
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
(Al-Qamar 54:55) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Fenomena yang mengagumkan dan indah pemisahan Bulan adalah tanda nyata dari kebenaran bahawa Kebangkitan, yang mana nabi memberi mereka berita itu, dapat terjadi dan itu telah dekat dekat. Bulan besar Bulan telah berpecah kepada dua bahagian yang berbeza di hadapan mata mereka. Kedua-dua bahagian itu telah berpisah dan berulang-ulang dari satu sama lain sehingga kepada para penonton satu bahagian telah muncul di satu sisi gunung dan yang lain di sisi lain itu.

Kemudian, dalam sekelip mata kedua-duanya telah kembali semula. Ini adalah bukti nyata tentang kebenaran bahawa sistem alam semesta tidak kekal dan tidak kekal, ia boleh terganggu. Bintang-bintang yang besar dan Planet boleh berpecah belah, hancur, bertabrakan antara satu sama lain, dan semua yang digambarkan dalam Al-Quran sehubungan dengan perihalan butiran Kebangkitan, boleh berlaku.

Bukan sahaja ini; ia juga menjadi tanda bahawa perpecahan sistem Universe telah bermula dan masa sudah hampir ketika Kebangkitan akan berlaku. Rasulullah (saw dan rahmat Allah) mengundang perhatian rakyat kepada peristiwa ini hanya dengan objek ini dalam pandangan dan meminta mereka untuk menandainya dan menjadi saksi kepadanya. Tetapi orang-orang yang kafir menyatakannya sebagai ilusi ajaib yang terus bertahan dalam penolakan mereka. Untuk keganasan ini, mereka telah dicela di Surah ini. Pada mulanya ia telah berkata: "Orang-orang ini tidak percaya kepada peringatan, atau belajar dari sejarah, dan tidak mengesahkan iman setelah menyaksikan tanda-tanda yang nyata dengan mata mereka. Sekarang mereka akan percaya hanya ketika Kebangkitan telah terjadi dan mereka akan bergegas dari kubur mereka ke Summoner pada hari itu. "

Kemudian, kisah-kisah rakyat Nuh dan Aad dan Thamud serta penduduk Lot dan Firaun telah dikaitkan secara ringkas dan mereka telah diingatkan akan hukuman yang dahsyat bahawa negara-negara ini menderita ketika mereka mendustai dan mengabaikan peringatan yang diberikan oleh para nabi Allah. Selepas riwayat setiap kisah yang telah diberikan adalah: "Al-Qur'an ini adalah saranan yang mudah untuk diperhatikan, yang jika suatu negara mengambil hati dan dengan demikian mengambil jalan yang benar, azab yang turun ke atas bangsa-bangsa dahulu Tetapi, sesungguhnya ia akan menjadi kebodohan jika bukannya mengingati peringatan melalui cara yang mudah ini, seseorang tetap tidak mengendahkan dan tidak percaya sehingga seseorang ditimpa azab itu sendiri. "

Begitu juga, selepas mengutip hal-hal penting dari sejarah negara-negara bekas, orang-orang kafir di Makkah telah dialamatkan dan memberi amaran kepada perkara ini: "Sekiranya kamu juga mengamalkan sikap dan tingkah laku yang sama, negara-negara lain telah pun dihukum, kenapa kamu akan tidak boleh dihukum kerana itu, adakah anda dengan apa-apa cara untuk menjadi orang yang unggul yang harus dirawat secara berbeza daripada yang lain? Atau, adakah anda menerima surat amnesti bahawa anda tidak akan dihukum kerana jenayah yang telah dihukum orang lain? anda berasa gembira dengan jumlah besar anda, anda akan melihat bahawa bilangan anda yang sangat banyak ini diabaikan (di medan perang) dan pada hari kiamat anda akan ditangani dengan lebih teruk. " Akhirnya, orang kafir telah diberitahu bahawa Allah tidak perlu membuat persediaan yang panjang untuk membawa Kebangkitan.

Tidak lama lagi Dia memberikan perintah yang mudah untuknya daripada ia akan berlaku segera. Seperti segalanya alam Semesta dan manusia juga mempunyai takdir. Mengikut takdir ini semuanya berlaku pada masa yang ditetapkan sendiri. Ia tidak boleh jadi apabila setiap orang memberi cabaran, Kebangkitan dibawa untuk meyakinkannya. Jika anda menerima pemberontakan kerana anda tidak melihatnya datang, anda hanya akan menambah kecemasan dan kemalangan anda sendiri. Untuk rekod anda yang sedang disediakan oleh ejen Ilahi, tidak meninggalkan apa-apa salah laku anda, besar atau kecil, tidak direkodkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
back to top